KUALA LUMPUR: HRD Corp pada Selasa memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 13 rakan kongsi dalam usaha memperluas platform pembelajaran dalam talian e-LATiH.
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif HRD Datuk Shahul Dawood dan wakil rakan kongsi terbabit seperti Microsoft, LinkedIn dan Skillsoft yang bertujuan memperluas akses kepada peluang pembelajaran untuk rakyat Malaysia.
Majlis itu turut menyaksikan kehadiran Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Pengerusi HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Kolaborasi pertama seumpamanya itu akan membolehkan HRD Corp menyediakan akses kepada 160,000 kursus tambahan melalui platform e-LATiH.
Antara yang menonjol dalam kerjasama ini ialah kursus kepimpinan, pengurusan dan pensijilan seperti Google Data Analytics dan Microsoft Cybersecurity Analyst.
Pada majlis itu, Sim mengulangi komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pembelajaran untuk rakyat Malaysia dan menangani jurang kemahiran kritikal serta mengumumkan sasaran 3 juta enrolmen di bawah program tersebut dalam tempoh tiga tahun akan datang, satu peningkatan ketara berbanding 1.22 juta ketika ini.
"Kementerian komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada pembelajaran dan pembangunan agar tidak ada pihak yang ketinggalan.
"Kursus yang ditambah kepada e-LATiH telah disemak serta dipilih oleh rakan kongsi kami dan HRD Corp bagi menangani jurang kemahiran kritikal selain memenuhi permintaan dan jangkaan industri terutama dalam bidang teknologi bernilai tinggi seperti AI, Pembelajaran Mesin, kefasihan digital, kelestarian dan keselamatan siber," katanya.
Beliau turut mengumumkan penambahbaikan kepada Skim Kemudahan Latihan Pengubahsuaian HRD Corp (ALAT), meningkatkan bantuan kewangan yang dibenarkan daripada 30 peratus kepada maksimum 50 peratus daripada baki levi pada 1 Jan pada tahun permohonan dikemukakan.
Peningkatan bantuan kewangan ini bertujuan menggalakkan majikan mengendali program latihan dan pembangunan kemahiran secara dalaman.
"Majikan boleh menggunakannya untuk membeli ataupun memperoleh alat bantuan latihan di tempat ataupun pejabat mereka.
"Jadi dengan adanya kedua-dua dasar baharu ini, kita harap penggunaan levi mencecah lebih 90 peratus," katanya.
Sim turut mengumumkan tiga penambahbaikan dari segi tatakelola baik HRD Corp iaitu penubuhan jawatankuasa risiko dan jawatankuasa tender.
Beliau berkata selain itu, HRD Corp akan mewujudkan akaun baharu yang dinamakan sebagai Dana Inisiatif Strategik bagi mengasingkan duit levi yang diterima supaya ia dapat digunakan sebaiknya oleh majikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Steven (tiga, kanan) ketika gimik pemeteraian MoU di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Foto HRD Corp/Sinar Harian
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
HRD Corp meterai 13 MoU perluas platform pembelajaran dalam talian e-LATiH
Kolaborasi pertama seumpamanya itu akan membolehkan HRD Corp menyediakan akses kepada 160,000 kursus tambahan melalui platform e-LATiH.
Kerajaan perkenal dasar pinjaman boleh ubah program pinjaman latihan kemahiran
Inisiatif menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran itu sejajar hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam negara.
PSMB perkenal hab e-pembelajaran kemahiran, pendidikan melalui e-LATiH
Saravanan menambah, PSMB bagaimanapun akan menambah lebih banyak kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia.